//Officially Dear YAYAH
Your Shoes Please!
DashboardFollow
Bonjour Fellas!



Assalammualaikum and Hello bloggers! Just call me Aien, twenty-two years old already, dah rasa matang dan dah-boleh-kawen-kan? :PHAHA


Be a TALKATIVE!






Credit Section


Skin by Are-Qil Header by Ejat
Best view in Google Chrome
Images By We❤It
(Part 1) Tazkirah Khamis - Bila akan berkahwin?
Thursday, April 05, 2012 | Thursday, April 05, 2012 | 2 Kind Person!
Assalammualaikum.

Dengan gigih menaip entri ini, demi satu tujuan untuk berkongsi segala macam input yang aku dapat dari BUKU INSPIRASI CINTA TERAGUNG. Jatuh cinta pandang pertama bila masuk popular jusco tempoh hari, haihh RM39.90 adoii nak beli ke tak nak beli ke takk -.-‘ Lastly keluar macam tu je and than asyik teringat ingat ehh tak boleh jadi ni gasak lah duit tak cukup pon bulan ni. So say hello Inspirasi Cinta Teragung *kau kini di carta hati kuuu* pheeewww



Straight to the topic. Hang bila nak kawen? Haii lama tak jumpa, dah kawen ke? Pertanyaan ini seharusnya tidak perlu dirisaukan. Meskipun sering kali kita akan geram setengah mati dengan pertanyaan ini. Begitu geramnya kita, seolah-olah kita ingin bertanya semula, “ Kenapa selalu bertanya-tanya? Suka hati sayalah bila nak kahwin. Apa urusannya dengan kamu?” Tapi kerana kita adalah orang yang baik dan tidak ingin manyakiti orang lain, maka ada baiknya hal itu tidak dilakukan.

Kenapa tidak kita menjawab sambil tersenyum dengan berkata, “ Perkahwinan adalah keinginan setiap orang. Soal bila kita akan berkahwin, sudah ditentukan oleh Allah. Jadi jika pertanyaannya adalah bila, maka jawapannya ada pada Allah. Kerana Allah yang paling tahu bila kita akan berkahwin. Kita boleh saja merencana dan membuat sasaran hidup, tapi Allah yang menentukan. Allah Maha Tahu bila seseorang akan menjadi pengantin, dan mendapatkan jodohnya di sisinya.” Jawapan ini begitu dewasa, kerana sama sekali tidak menunjukkan sikap emosional kita. Mereka yang bertanya pasti akan menghargai jawapan kita.




Tambahan pula, bukankah mengejar jodoh seperti halnya mengejar rezeki. Tidak perlu dikejar malah akan datang sendiri bila memang sudah tiba masanya. Namun apa pun cara kita mengerahkan tenaga untuk mengejarnya, ia tidak ada di tangan jika memang bukan hak kita. Jadi kenapa pula mesti susah hati? Berusaha semaksimum mungkin, namun apabila lamaran ditolak, seharusnya terus bersabar. Memang tidak ada jaminan kebahagiaan perkahwinan dapat ditentukan dari umur dia berkahwin. Demikian pula tidak ada jaminan seseorang akan menghadapi penceraian apabila dia berkahwin pada usia 30 tahun lebih. 



“Tiga kunci kebahagiaan suami adalah : isteri yang solehah : yang jika dipandang membuat semakin saying, jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga kehormatannya dan taat pada suami.”


Tazkirah akan datang, (Part 2) Tazkirah Khamis – Sengaja Menunda Perkahwinan
p/s : Renung renungkan dan selamat beramal :D

Labels: , , , ,



Older Post | Newer Post